Advertisement

Responsive Advertisement

DIET

Saya LAPARRR..
Isu ini wujud mungkin kerana anda salah memilih jenis diet. Rasa lapar mungkin menunjukkan diet yang anda lakukan tidak seimbang atau tidak mencukupi. Sebab lain juga mungkin kerana diet yang diikuti menghalang anda untuk memakan makanan yang anda gemari seperti coklat, aiskrim atau keju. Anda mungkin boleh bertahan untuk beberapa minggu tapi akhirnya anda mungkin akan putus asa. Pada akhirnya, perkara ini akan menyebabkan anda mengambil makanan kegemaran anda lebih dari sepatutnya. Berasa lapar tidak akan membuatkan anda kurus, sebaliknya ia akan menyebabkan anda makan lebih banyak dari yang sepatutnya.

 Siapa yang tidak mahu cergas dan sihat? Diet bukan sahaja untuk menguruskan badan, tetapi berdiet juga adalah untuk menghindarkan diri anda dari risiko penyakit berbahaya. Tetapi anda tidak boleh mengharapkan perubahan sepenuhnya dalam aspek pemakanan anda dalam masa sehari. Ia harus diubah perlahan-lahan. Sebagai contoh, mungkin anda boleh menghentikan pengambilan minuman soda untuk bulan pertama berdiet dan meningkatkannya, iaitu menghentikan pengambilan makanan tidak berkhasiat lain dari masa ke masa. Jangan cipta diet baru yang terlalu ketat sehingga menyusahkan diri anda sendiri. Jangan biarkan diri anda menderita atau akhirnya anda sendiri akan berputus asa untuk berdiet. Sekali-sekala tidak salah memberikan diri penghargaan, contohnya, jika anda gemarkan aiskrim, tidak salah untuk makan seminggu sekali apabila anda berjaya kekal dengan tabiat diet baru.


 Mendadak
Anda mungkin seorang yang gemar memakan makanan segera. Malah, dalam seminggu pasti tiga atau empat kali anda memilih untuk memakan makanan segera. Dan apabila anda memutuskan untuk berdiet, anda terus menyingkirkan terus makanan segera dalam pemakanan anda. Adakah anda rasa anda boleh berjaya? Ya, mungkin boleh. Tetapi hanya untuk tempoh seminggu dua. Selebihnya anda akan mula menginginkan makanan segera, terlalu mendambakannya sehingga akhirnya anda melupakan diet anda. Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Seperti dikatakan tadi, ubah secara perlahan-lahan. Jika sebelum ini anda mengambilnya 3-4 kali seminggu, malah mungkin lebih dari itu, jadi kurangkan kuantitinya, mungkin hanya 2 kali seminggu untuk bulan pertama, kurangkannya kepada seminggu sekali untuk bulan kedua dan jadikan kepada 2 kali sebulan sehinggalah anda berjaya untuk menghilangkan keinginan anda terhadap makanan segera. Kunci utama, jangan terlalu mendesak diri anda.

Tidak sabar
Antara alasan utama mengapa seseorang individu itu berdiet adalah kerana ingin mengurangkan berat badan. Setiap individu berhak untuk berasa gembira dan sihat. Tiada siapa mahukan berat badan berlebihan. Tetapi untuk kehilangan berat dengan cara yang sihat – seperti mengurangkan pengambilan makan berlemak, menghindari makanan diproses – akan mengambil masa. Dan kebanyakan individu adalah kurang sabar, sekali gus menjadi punca mengapa gagal berdiet. Untuk berjaya mengurangkan berat badan memerlukan bukan sekadar kesabaran tetapi juga komitmen yang tinggi. Jadi bersediakah anda untuk memberikan komitmen untuk berdiet?

Tiada perancangan
Siapa kata untuk berdiet tidak memerlukan perancangan? Jika itu yang selama ini anda fikirkan, maka anda silap. Untuk berdiet atau untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat, ia takkan berlaku secara tiba-tiba. Ia memerlukan perancangan, sama seperti jika anda ingin bercuti. Ia perlukan rancangan rapi. Kebanyakan diet yang gagal adalah kerana tiada perancangan. Anda  harus mempunyai perancangan – perlu mengetahui apakah matlamat anda, bagaimana untuk mencapainya, perancangan pemakanan anda dan lain-lain. Perancangan membantu anda untuk mengetahui cara terbaik dan sesuai untuk berdiet. Diet merupakan satu perubahan yang perlu dilakukan untuk tempoh yang lama, malah ia perlu dianggap sebagai perubahan gaya hidup dan bukannya untuk sementara waktu.

Tiada sokongan
Anda berdiet dan tiada sesiapa dalam kalangan keluarga mahupun rakan anda mengetahui tentangnya. Dan ini cenderung menyebabkan anda untuk gagal berdiet. Kenapa? Mari kita letakkan satu situasi, apabila anda berkumpul bersama keluarga tanpa ada seorang pun antara mereka mengetahui bahawa anda sedang berdiet, pastinya makanan yang dihidangkan adalah tidak bersesuaian dengan diet anda sekali gus akan menyebabkan anda tidak berdiet, bukan? Jadi sebenarnya, adalah penting untuk membenarkan individu di sekeliling anda untuk mengetahui apa yang anda lakukan, ia juga membolehkan mereka memberikan sokongan kepada anda kerana sesungguhnya anda memerlukan sokongan untuk anda berjaya meneruskan diet anda.

Gaya hidup sihat
Semua yang disenaraikan merupakan penyebab gagalnya diet seseorang. Kesabaran dalam amalan diet seimbang adalah amat penting, dan boleh dilakukan secara perlahan tanpa memberikan risiko pada diri sendiri


Sumber: Anonymous,

Catat Ulasan

0 Ulasan