Insiden itu dilihat oleh jiran dan penduduk kampung sekitar Masin Kanibongan dan sempat berkongsi gambar di laman sosial menerusi applikasi WhatsApp.
Menurut saksi yang melihat ketika kebakaran berlaku terlalu pantas,dan mangsa sempat menyelamatkan diri, saksi seterusnya menghubungi bomba.
Balai bomba dan penyelamat Kota Marudu telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Bagaimanapun sudah terlambat untuk memadam api kerana rumah musnah terbakar.
Walaubagaimanapun tiada kecederaan jiwa dilaporkan.
Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Admin: Diharap keluarga yang ditimpa malang ini mendapat bantuan yang sewajarnya daripada pihak yang berwajib.
0 Ulasan