Advertisement

Responsive Advertisement

RESEPI MUDAH HUJUNG MINGGU ANDA

Setiap hujung minggu tentu anda, tercari-cari resepi untuk dimakan,


Cuba Resepi Ayam Panggang Madu versi OVEN,. Jadikan hujung minggu anda gembira, dengan resepi masakan ini. Ayam Panggang Madu, sesuai dimakan bersama keluarga dihidangkan bersama nasi puith.
Hasil carian imej untuk AYAM MADU

Bahan Yang Digunakan
  • Seekor ayam. Potong sesuai selera.
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu makan serbuk jintan putih
  • 3 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu sos cili
  • Kicap dalam 2..3 sudu..
  • Madu 4 sudu
  • Sikit garam
  • Satu sudu pati ayam
  • Cili kering 11 biji. Pedas mengikut selera.
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • 3 batang serai
  • Seinci kunyit
  1. Bersihkan ayam. Toskan air.
  1. Masukkan ayam ke dalam bekas. Gaul dengan bahan blender dan semua bahan. Perap dalam 5 jam (1-2 jam pun ok cuma rasa nya tak seberapa power sangat).
  1. Sapu dulang dengan minyak dulu sampai menyaluti dulang.
  1. Masukkan dalam dulang pembakar. Curah seedikit kuah.
  1. Bakar dalam 30 minit.
  1. Setelah berbunyi alarm, cuba periksa apakah ayam sudah masak atau belum.
  1. Kuah yg lebih boleh dipanaskan di atas api, boleh digunakan untuk cicah ayam.
  1. Ingin ayam cantik berkilat dengan kuah yang kita masak tu. Masukkan sedikit sahaja kuah ke dalam kuali bersama ayam. Gaul dengan api sederhana. Angkat. Siap.
Sangat senang dan jimat masa bukan? Sila mencubanya..

Hasil carian imej untuk OVEN SINGERHasil carian imej untuk OVEN SINGERHasil carian imej untuk OVEN SINGERHasil carian imej untuk OVEN SINGER


Catat Ulasan

0 Ulasan