Advertisement

Responsive Advertisement

PKP bersyarat diisytihar untuk ringankan sekatan mulai 4 Mei


PUTRAJAYA: Putrajaya hari ini mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan bersyarat untuk meringankan sekatan bermula 4 Mei, ketika tekanan ke atas ekonomi semakin dirasai selepas PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khas sempena Hari Pekerja berkata hampir semua kegiatan ekonomi dan sosial akan dibenarkan beroperasi dengan bersyarat bermula 4 Mei.

Katanya, langkah ini penting kerana perniagaan dan pekerjaan merupakan sumber pendapatan, dan sekiranya sekatan ketat berpanjangan, ia akan menjejaskan kewangan.

Syaratnya, mana-mana kegiatan yang melibatkan himpunan orang ramai seperti panggung wayang dan bazar, dan kegiatan kontak rapat seperti bola sepak dan rugbi tidak dibenarkan.

Sekolah masih ditutup dan perjalanan merentas negeri tetap tidak dibenarkan kecuali untuk urusan kerja.

Restoran kini boleh menerima pelanggan tetapi hanya 1 hingga 3 orang dibenarkan berkongsi meja, dan penjarakkan sosial masih berkuatkuasa di kaunter juruwang.

Pensanitasi dan sabun di sinki mesti disediakan, mengimbas suhu badan pelanggan disarankan, dan kakitangan mesti memakai topeng sepanjang masa.

Sementara itu, perdana menteri menyeru majikan membenarkan kakitangan bekerja dari rumah, dan membolehkan suami dan isteri bekerja secara bergilir.



Catat Ulasan

0 Ulasan