![]() |
Isu Alam Sekitar : Pemanasan Global |
I.0
PENGENALAN
Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) adalah satu
bentuk pendidikan sepanjang hayat ini kerana Pendidikan Kewarganegaraan Global
(GCED) melibatkan semua orang dalam semua peringkat umur dalam membina satu
masyarakat yang inklusif, teloran, dan aman sama ada di dalam dan juga luar
negara. Penghantar bagi pendidikan ini adalah secara fomal dan juga tidak fomal
(UNESCO, 2017). Terdapat tiga demensi konseptual dalam pembelajaran di dalam
Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED), kognitif, sosio-emosi dan tingkah
laku.
Kognitif melibatkan kemahiran, pengetahuan dan penyelasaian kepada
isu-isu yang dihadapi secara dalam peringkat nasional atau global agar lebih
mengenali dan memahami kebergantungan antara satu dengan yang lain.
Sosio-emosi, adalah nilai, sikap penerimaan dan perkongsian, tanggungjawab,
solidariti menghormati kepelbagaian dan berkongsi nilai serta menghormati
kepelbagaian yang ada. Tingkah laku adalah berkaitan dengan prestasi, aplikasi
praktikal dan penglibatan dalam peringkat tempatan dan global seterusnya
matlamat global yang lestari dan aman. Ketiga tiga demensi konseptual ini
adalah berhubung kait dan disatukan dalam konsep pembelajaran.
Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) turut mendapat perhatian
oleh Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu yang mewujudkan dasar perlembagaan Agenda
Pendidikan 2030 dan Kerangka Tindakan, terutama Sasaran 4.7 dari Agenda
Pembangunan Lestari. Saran mengenai Pendidikan untuk Pemahaman Internasional, Kerjasama
dan Perdamaian dan Pendidikan yang berkaitan dengan Hak Asasi Manusia dan
Kebebasan Asasi (1974). CGED adalah satu platform yang sesuai dalam memupuk
semangat, kesedaran dan kreativiti pelajar atau masyarakat dalam menyelasaikan
isu alam sekitar.
1.1 Latar Belakang Tugasan
Pendidikan alam sekitar adalah untuk meningkatkan
kefahaman dan juga pengetahuan seseorang berkaitan dengan bagaimana dunia
berfungsi dan hubung kait dengan kehidupan untuk memupuk sikap positif
seterusnya dapat memelihara dan memulihara alam sekitar agar dapat merujudkan
satu ekosistem yang lestari ,bersih, produktif, sihat, terjamin dan seimbang
sehingga dapat dilihat oleh generasi akan datang. Pendidikan alam sekitar ini
bukan sesuatu yang baru, dan mendapat perhatian di persidangan Bangsa-Bangsa
bersatu di Stockholm 1972, dan seterusnya pada tahun 1977 dan usaha itu
diperkemaskan pada persidangan di Tbilis, dimana prinsip dan garis panduan
serta rangka kerja dipersetujui pelbagai negara. Sehingga pada tahun 1992
ALAM semua benda dan isi yang terspat di bumi. SEKITAR
pula membawa maksud kawasan kita atau sekeliling, “alam sekitar” dalam terjemahan
literal adalah merujuk kawasan yang dihuni oleh manusia, dan berada
disekeliling manusia, dan dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai “invironment”
yang membawa maksud sebagai persekitaran manusia. Oleh yang demikian, alam sekitar
ini merujuk kepada keadaan fizikal abiotik atau biotik yang mana merangkumi
semua organisma. Keadaan ini fizikal berkaitan dengan keadaan cuaca dan iklim.
(Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)
Selain daripada itu istilah Inggeris
“environmentalisme’’ falsafah yang menjelaskan sebagai satu istilah kepada
geografi yang berkaitan aspek fizikal alam sekitar yang berkait rapat dengan
aktiviti yang dilakukan oleh manusia terhadap alam sekitarv (A. Bullock &
0. Stallybrass, 1997). Oleh yang demikian alam sekitar ini adalah fenomena yang
berlaku di sekeliling secara umum, yang akan mempengaruhi kehidupan manusia dan
habitat haiwan. Pemahaman ini dikukuhkan dalam pengajian Sains Alam Sekitar
yang mana berkaitan dengan fenomena fisikal dengan pandangan semesta moden yang
berteraskan kepada metode emprikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004).
1.2
Objektif Tugasan
Objektif kepada tugasan ini
adalah memberikan pemahaman kepada pelajar dan masyarakat tentang Pendidikan
Kewarganegaraan Global atau lebih dikenali sebagai GCED dalam memupuk
nilai-nilai moral dalam diri masyarakat dunia pada abad 21 ini,
Nilai-nilai moral ini akan dapat dipupuk melalui pendidikan alam
sekitar yang boleh dimulakan di sekolah.
Seterusnya dapat
memberikan pemahaman kepada pelajar dan masyarakat tentang isu-isu alam sekitar
yang berlaku, dan bagaimana Pendidikan Kewarganegaraan Global ini dapat
membantu dalam menghadapi dan menyelasaikan masalah berkaitan isu alam sekitar
di dunia. Sikap ingin tahu dan peka terhadap isu alam sekitar merupakan satu
sikap yang harus dipupuk terutama dan boleh dimulakan melalui pendidikan di
sekolah atau Universiti,
Selain itu pelajar, masyarakat dan kumpulan akan dapat
mempelajar dan membentuk diri dengan menanam sikap baru, dalam menjaga dan
menangani isu-isu alam sekitar seterusnya mampu membuat tindakan dalam
memastikan alam sekitar lebih terjaga.
2.0 PENCEMARAN UDARA
Menurut Wark dan Warner
(1901) pencemaran udara adalah keadaan berlakunya kewujudan lebih daripada satu
penyebab pencemaran atau gabunganya yang berlaku di udara dalam jumlah tertentu
pada satu jangka masa tertentu yang boleh mengakibatkan masalah kepada
kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan sehingga mengakibatkan gangguan pada
kehidupan. (Nor Ashaha, 2020) dengan kiraan indeks pencemaran udara (IPU) oleh
World Air Quality Index (WAQI), Malaysia mencatat bacaan IPU 409 setakat
November 2020 berbanding bacaan IPU 299 tahun lalu, dan merupakan yang tertinggi
di dunia, diikuti oleh Indonesia dengan bacaan IPU 406 keadaan ini memberikan
kebimbangan yang harus diberi perhatian.
Isu
pencemaran udara adalah satu isu yang semakin serius, bukan sahaja di Malaysia
tetapi di seluruh dunia,
(NASA, 2020) Pencemaran udara
ini berlaku disebabkan oleh cecair gas dan zarah pepejal yang berada di udara,
gas dan pepejal ini dihasilkan daripada kilang, asap kenderaan bermotor gunung
berapi dan api liar, pepejal dan zarah yang berada di udara ini pula dikenali
sebagai aerosol. pembebasan sabatian kimia Karbon dioksida (CO2) dan Karbon
Monoksida (CO) ke udara , bahan radioktif yang diggunakan dalam menghasilkan
bom atom yang bocor dan kebocoron pada Chloro Fluoro Carbon CFC yang berpunca
daripada kebocoran mesin, seperti penghawa dingin, penghawa dingin kereta dan
peti sejuk turut menyumbang kepada pencemaran ini.
Topik
atau isu Pencemaran Udara ini semakin hari membimbangkan, kerana sehingga
sekarang Pencemaran Udara masih berlaku, walaubagaimanapun terdapat banyak usaha
yang dilakukan namun pencemaran udara masih berlaku dan memerlukan sokongan
masyarakat, NGO, dan swasta dalam mengurus masalah pencemaran udara ini,
sebagai contoh mewujudkan organisasi jawatankuasa berkaitan pencemaran udara.
Selain daripada itu Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang dan dunia
perlu mengambil perhatian yang lebih serius dalam isu ini. Terdapat beberapa
sebab saya memilih topik atau Isu Pencemaran Udara sebagai Isu Alam Sekitar
kerana:
2.1 Kesan Kepada Kesihatan
Kesan ketara yang berlaku dalam kesihatan adalah berlaku
dalam sistem pernafasan, keadaan yang berlaku adalah keracunan dalam sistem
pernafasan manusia desebabkan oleh karbon monoksida yang akan menyerang
pengangkutan oksigen dalam darah, seterusnya akan melembatkan tindak balas
manusia dan meninggalkan kesan, Contohnya akan mengurangkan fungsi paru-paru,
mengantuk dan lelah.pendarahan pulmonary juga akan berlaku disebabkan bahan
tercemar nitrogen oksida seperti gas ozon yang akan meninbulkan inflamasi pada
paru-paru. Menurut kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) menunjukkan angka kematian sebanyak tiga juta manusia yang meninggal
setiap tahun berpunca daripada pencemaran udara.
Angka kematian
ini adalah tiga kali lebih besar daripada angka kematian yang berlaku
disebabkan kemalangan di jalan raya. Selain daripada sistem pernafasan manusia,
mata juga turut terjejas akibat daripada pencemaran udara ini, ini kerana asap,
habuk, kabus dan wap daripada bahan bahan tercemar akan menjejaskan mata dan
penglihatan.
Menurut laporan bank dunia, kesan pencemaran kepada kesihatan juga
adalah seperti mengakibatkan penyakit tekanan darah tinggi sebanyak 62,000 kes
dan penyakit Jantung dengan 350 kes yang berlaku di Indonesian (Devi Nuraini
Santi,2001).
Manusia dan tumbuhan memerlukan udara yang segar dan
bersih untuk hidup, jika udara ini tercemar maka kesihatan akan terangam,
sehingga akan mengundang masalah yang lebih serius, seperti kematian. (Smith,
2001) kematian boleh berlaku disebabkan kebakaran hutan yang mencatatkan
sebanyak 1,000 orang meninggal, manakala 40,000 lagi menerima rawatan
disebabkan asap dan jerebu yang tebal dan berlebihan. Penguatkuasaan
undang-undang dengan kerjasama Negara-negara jiran untuk menyelasaikan masalah
pencemaran udara ini adalah satu penyelesaian, sebagai contoh jerebu yang
berlaku di Malaysia, dan Singapore adalah disebabkan kebakaran hutan di
Indonesia, maka rundingan perlu dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut
melalui perjanjian ASEAN 2002 yang dipersetujui.
2.2 Pemanasan Global
Menurut IPCC Intergovernmental Panel on Climate Change,
pemanasan global berlaku disebabkan keadaan peningkatan suhu bumi daripada
panas matahari yang terperangkap di udara dan bahang pamas ini tidak dapat
dibebaskan ke atmosfera. (Riebeek, 2020) pembakaran bahan bakar fosil
menyebabkan peningkatan suhu yang tinggi di permukaan bumi yang terjadi secara
luar biasa sejak beberapa abad yang lalu dan disebabkan oleh gas rumah hijau.
Gas rumah hijau membenarkan
bahang ini masuk di permukaan bumi namun tidak dapat mengembalikan bahang
matahari semula adalah kumpulan gas karbon dioksida (C02), kloroflorokarbon
(CFC), carbon monoksida (C0), fenomena ini dikenali sebagai pemerangkapan gas
rumah hijau. Gas rumah hijau ini adalah daripada pembakaran bahan fosil ini
banyak digunakan dalam sektor pengangkutan, tenaga dan industri, manakala gas
seperti metana (CH4), hidroflurokarbon (HFCS), sulfuheksafluroida (SF6) dan
perflourokarbon (PFCS) dikenali sebagai
rumah kaca.
Dalam laporan IPCC Intergovernmental Panel on Climate Change,
iaitu satu organisasi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) suhu bumi
akan meningkat daripada 1.6 darjah Celsius sehingga 4.2 darjah Celsius pada
satu abad akan datang. Dianggarkan 40 peratus pelepasan gas rumah hijau global
adalah daripada syarikat China dan Amerika Syarikat dan merupakan punca utama
perubahan iklim dan peningkatan gas rumah hijau yang turut dikaitkan kepada penipisan
lapisan ozon (Bernama 2020).
Kesan yang jelas daripada pemanasan global ini adalah
perubahan iklim, peningkatan air laut, gangguan kepada habitat, ekosistem,
masalah kesihatan, kebakaran hutan secara besar-besaran dan mencairnya ais di
kutub utara bumi. Di Malaysia tahun 2020 merupakan tahun yang merekodkan suhu
paling panas (Hasnan, 2020) peningkatan suhu ini turut memberi kesan dalam
sektor pertanian, sebagai contoh pengeluaran padi akan mengalami pengurangan
disebabkan padi tidak subur dan pengurangan kepada hasil padai tersebut.
3.0 Video
Video 1.0: 3 dimensi konsep utama (kemahiran kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku) dalam Pendidikan Kewarganegaraan GloSumber : https://youtu.be/Bb6IfkMbYZU
Dalam abad ke 21 ini, dunia mengalami pelbagai perubahan
dalam pelbagai aspek dari segi ekonomi, sosial dan politik sama ada di dalam
atau luar Negara. perubahan yang berlaku memberi manfaat kepada pelajar dan
masyarakat dunia sedikit sebanyak menyelasaikan masalah yang dihadapi oleh
manusia , sebagai contoh dalam abad ke-21 ini kemudahan internet memudakan
komunikasi, pencarian urusan pembelian, dan pembelajaran. Open University
Malaysia (OUM) ke depan dengan memberikan peluang pendidikan secara maya,
dengan perubahan dalam kaedah belajar dahulu, yang hanya belajar di dewan atau
bilik seminar dan lebih kepada teori, kepada pembelajaran secara dalam talian
dengan pembelajaran yang membolehkan pelajar menerokai pembelajaran abad ke- 21
menggunakan teori, konsep dan model sebagai warga global dalam pekerjaan dan
kehidupan harian (Kumar Subramaniam et al., 2020).
Walau bagaimanapun abad ke-21
ini kita mengalami banyak masalah terutama sekali dari segi isu-isu alam
sekitar seperti pemanasan global, pencemaran udara, pencemaran laut, dan
kehilangan habitat. Pendidikan Kewarganegaraan global memberikan satu perubahan
dengan mewujudkan nilai, kemahiran, pengetahuan dan sikap,dalam membina sebuah
dunia yang lebih adil, inklusif dan damai. Terdapat tiga konsep utama dalam
Pendidikan Kewarganegaraan Global GCED ini, iaitu dari segi kemahiran kognitif,
sosio-emosi dan tingkah laku, yang membawah kita dalam melakukan perubahan dan
yang menjadi platform utama untuk membawah ke arah transfomatif dengan melalui pendidikan
kewarganegaraan Global. Sebagai contoh
memasukkan GCED dalam modul seperti yang dilakukan Open University Malaysia
OUM, mampu memberikan pengetahuan, kesedaran dan tindakan daripada pelajar
dalam pelbagai lapisan masyarakat, umur dan jantina untuk berubah kearah dunia
yang lebih baik.
Dalam video ini juga memberikan kepada pelajar tentang haluan keadaan semasa
dan akan datang menjelang 2030, antara isu lain selain daripada alam sekitar
adalah isu sosial, seperti perbezaan warna kulit, rasuah, keamaanan kemiskinan
dan banyak lagi cabaran global yang lain menjadi perhatian dan cukup untuk
memberikan kita sedar tentang isu-isu ini, Dalam agenda pembangunan
bangsa-bangsa bersatu PBB matlamat utama adalah untuk menghadapi krisis global
ini, dengan konsep sama rata tanpa ada sesiapa yang ditinggalkan. Selain itu
pelajar berpeluang untuk mengetahaui tanggungjawab dalam konsep utama GCED
melalui video ini, seterusnya menyedari hak dan kewajipan dalam memastikan masa
depan yang lebih baik.
Setiap individu akan mempunyai peranan dan hak masing- masing dalam memastikan
kejayaan konsep utama GCED ini, Seperti yang dinyatakan dalam (Matlamat
Pembangunan Lestari ke-4, Sasaran 4.7) dimana setiap individu mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam mempromosikan dan bertindak terhadap krisis
global yang dialami, dalam memastikan kewarganegaraan global, keamanan tanpa
keganasan, dan menghormati kepelbagaian yang seterusnya menyumbang kepada
pembangunan lestari menjelang tahun 2030. Di dalam video ini pelajar dan
masyarakat akan mendapat pengetahuan, serta memahami serta mampu berfikir dalam
menghadapi masalah global yang dihadapi. Sebagai contoh, bagi menengani masalah
ini pelajar akan dapat mencadangkan agar penduduk dunia bersatu hati dalam
mencapai matlamat ini, dan saling bergantung antara Negara dengan Negara yang lain.
Berkongsi tanggungjawab, nilai serta hak asasi sebagai manusia akan
dapat memupuk semangat kekitaan dalam setiap individu. Jika nilai-nilai ini
ditanam dalam diri masalah global yang dihadapi akan dapat dielakkan, sebagai
contoh konflik peperangan, menjaga alam sekitar dengan baik, tidak menerima
rasuah dan masalah-masalah yang lain. Selain
itu pelajar,rasa hormat
pelajar terhadap orang lain akan dapati dipupuk dan akan dapat berkerjasama
dengan orang lain tanpa mengira kepelbagaian dan perbeezaan dalam membuat
tindakan, dan membuat kesimpulan dalam menyelasaikan isu – isu global yang
dihadapi. Memahami perasaan emosi atau keadaan orang lain juga akan dapat
merapatkan hubungan dan melahirkan perasaan pelajar untuk membantu orang lain,
contohnya, Peperangan menyebabkan kanak-kanak dan orang yang tidak berdosa,
menjadi mangsa perlu dibantu dan diberikan perhatian.
Seterusnya, Pelajar akan dapat membuat keputusan dan tindakan dengan
lebih berkesan berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi dalam isu-isu global
yang dihadapi, keputusan yang dibuat perlu bernas dan berkesan. Tindakan ini
boleh dilakukan seperti di daerah dahulu dan ke tahap yang lebih tinggi,
sebagai contoh menjalankan kempen kesedaran dan menguatkuasakan undang-undang
dengan lebih ketat adalah antara usaha yang boleh dilakukan oleh pelajar di
sekolah dan universiti, dengan memberikan cadangan idea kepada kerajaan yang
dimulakan di peringkat daerah, seterusnya kerjaaan akan membawa ke tahap
nasional dan konteks global untuk dunia yang lebih aman dan lestari, (Milana
and Tarozzi, 2020) dorongan dalam mempromosikan pembaharuan kurikulum nasional di Sekolah swasta dan khalayak ramai, dan di pusat pendidikan, latihan
atau pembelajaran di peringkat belia dan dewasa. Kemahiran kelakuan ini juga
mebolehkan sasaran GCED akan tercapai.
Video 1.2 Isu Alam Sekitar: Pemanasan Global
Video: 1.2 Pemanasan Global
Setiap tahun berlakunya peningkatan kepada penduduk dunia, melalui
data populasi dunia oleh (Kaneda et al., 2020) populasi dunia semasa adalah 7.8
bilion, sebanyak 25% meningkat kepada 9.9 bilion menjelang 2050. Aktiviti yang
dilakukan juga akan meningkat, dengan rancaknya penciptaan mesin baru dalam
menghasilkan barangan, manusia semakin bijak namun mungkin bijak dalam
kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain dan kesan terhadap alam
sekitar. (Connolly et al., 2020) berpendapat bahawa kenaikan kepekatan “gas
rumah hijau” daripada CO2 dan dioksida adalah daripada aktiviti yang dilakukan
oleh manusia yang membawa kesan kepada pemanasan global yang besar di atmosfera
yang lebih rendah. Sebagai contoh dalam sektor perindustrian terutamanya
penggunaan bahan bakar fosil.
Pemanasan global akan memberikan kesan terhadap bumi dan manusia, bumi menjadi semakin panas dan kesanya berlakunya kebakaran hutan, pencemaran, ancaman kepada haiwan dan habitatnya, ekosistem serta kesan tehadap aktiviti pertanian dan kesihatan manusia, filem pendek ini memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar, tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti yang dilakukan oleh manusia ini tidak dapat dihapuskan, namun dengan mewujudkan polisi atau undang-undang dalam kawalan terhadap aktiviti yang membawa kepada pemanasan global ini akan dapat dikurangkan. Perjanjian Paris 14 November 2016 merupakan tindak balas terhadap isu global ini dengan matlamat untuk memastikan bumi dalam suhu dibawah 2 darjah celcius (United Nation, 2020)
Pelajar akan dapat mengenal pasti punca berlakunya masalah, dan pemanasan global dan masalah alam sekitar yang lain adalah berpunca daripada aktiviti manusia, Kita diamanakan untuk menjaga alam sekitar ini. Manusia, haiwan dan tumbuhan mempunyai hubungan antara satu dengan yang lain. Hubungan dan haluan ini tidak seharusnya diputuskan tetapi, manusia perlu berganding bahu dalam menjaga dan mengatasi isu alam sekitar demi untuk masa depan yang lestari. Manusia tidak perlu mencari dan mengkaji tempat atau planet lain untuk berlindung, tetapi cukup untuk menjaga bumi yang merupakan syurga kita.
Selain daripada
itu, pelajar sedar peranan sebagai indvidu yang mempunyai tanggungjawab dan hak
untuk mendapatkan makanan yang selamat dimakan, udara tanpa pencemaran, dan air
yang bersih untuk di minum. Seterusya mempromosikan serta mampu bertindak balas
dalam menjaga sumber semula jadi dengan berganding bahu antara satu dengan yang
lain ke arah kebibasan dan cinta terhadap alam sekitar. Dari tahun 1985
pengistiharan 5 December setiap tahun adalah merupakan hari Sukarelawan
Antarabangsa (IVD) bertujuan untuk mempromosikan penjagaan terhadap alam
sekitar.
Menurut (Ismail, 2017)
Hari Sukarelawan Antarabangsa akan dapat memberikan semangat dan memupuk
kesedaran terhadap orang ramai, memahami masalah alam sekitar dan menghargai
sukarelawan. Sebagai contoh di Sekolahterdapat banyak persatuan yang ditubuhkan
bertujuan menjaga alam sekitar, di Universiti pula aktiviti alam sekitar dapat
dilakukan, dengan langka penjimatan elektrik, penanaman pokok, membuat kajian
berkaitan alam sekitar dan banyak lagi dan boleh diraikan subagai penghargaan
kepada pelajar dan pegawai pada setiap 5 Disember.
4.0 3 Dimensi
Konsep Utama Dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global GCED dan Isu alam Sekitar.
Dalam abad Ke- 21 Dunia
berdepan dengan pelbagai cabaran sama ada tempatan mahupun global oleh itu,
Pendidikan Kewarganegaraan Global atau dikenali sebagai gced ini membolehkan
pelajar berfikir, berkongsi, serta bertindak dalam menghadapi cabaran global di
dalam dan luar negara pada semua
peringkat umur. Selain itu,GCED bertujuan untuk melahirkan pelajar sebagai
warganegara global yang peka dan ambil tahu dalam isu dunia dan turut serta mengambil peranan dan terlibat dalam pelbagai peringkat
dalam memberikan sumbangan dalam memastikan dunia aman, teloransi, adil,
selamat, terangkum dan lestari (UNESCO, 2019).
Terdapat tiga Dimensi Konseptual Utama GCED, Yang pertama
adalah Kognitif, dimana pelajara akan mendapat pengetahuan dan akan peka
tentang masalah yang dihadapi oleh dunia, dan mampu menyelasaikan masalah
tersebut untuk dunia yang lebih baik Sebagai contoh. Isu Pemerdagangan Manusia,
pelajar boleh mendapatkan pendedahan berkaitan isu ini adalah satu jenayah dan
penguat kuasaan undang-undang merupakan penyelasianya. Seterusnya adalah
Sosio-ekonomi, nilai dikongsi tanpa perbezaan dalam kepelbagaian, dan
melahirkan perkongsian sesema manusia. Yang terakhir adalah tingkah laku, tindakan
yang diambil adalah berkesan dan penuh tanggungjawab dalam semua peringkat sama
ada tempatan, kebangsaan dan antarabangsa demi mencapai matlamat GCED.
Selain daripada itu Isu alam Sekitar seperti pemanasan
global merupakan satu cabaran besar untuk ditangani, walau bagaimanapun tidak
mustahil untuk diselesaikan sekiranya penghayatan diberikan terhadap matlamat
GCED. Isu Alam Sekitar global merupakan merupakan kesan dan risiko kepada
global melalui perubahan ekosistem yang dilakukan oleh manusia sehingga
meningalkan kesan dan seterusnya isu alam sekitar ini perlu diselesaikan (Subramaniam
et al., 2020).Penebangan pokok, perindustrian, pembinaan empangan dan
pembalakan haram yang berlebihan dan tidak terancang antar punca berakunya
masalah alam sekitar. Contohnya, isu Pemanasan global berlaku keadaan suhu
permukaan bumi yang miningkat dan pesat disebabkan oleh gas yang dikenali gas
rumah hujau, disebabkah oleh bahan bakar fosil dengan peningkatan (1.1 hingga
1.6 ° F) antara 1990 sehingga 2020, bacaan suhu ini akan meningkat dua kali
ganda menjelang tahun 2050, dan pastinya akan terus meningkat.
4.1 Bagaimana konsep dimensi GCED
dapat memberi manfaat kepada masyarakat dalam menyelasaikan Pemanasan
Global
Kognitif, merangkumi
bagaimana pelajar akan mendapat pendidikan, memahami serta berfikir ke tahap
yang lebih tinggi, berkaitan dengan masalah global yang dihadapi, serta
hubungan dengan negara yang lain. Contohnya dalam menengani isu global ini,
perlu dibincangkan antara negara-negara yang terlibat dalam perbincangan, untuk
mencari penyelasaian serta mampu mengukuhkukan hubungan diplomatik. Seperti
Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan yang ditanda
tangani oleh negara angota ASEAN pada 2002. Bertujuan untuk mengawal dan
menggurangkan pencemaran jerebu di Asia Tenggara ("ASEAN Agreement On Transboundary
Haze Pollution", 2002)
Seterusnya dari segi Sosio-emosi wujud rasa tanggungjawab
pelajar untuk mengambil peranan dalam usaha menyelesaikan isu-isu alam sekitar
seterusnya berkongsi masalah, wujud pemahaman tentang persamaan terhadap orang
lain dan menghormati ketidak samaan dan
perkongsian daripada nilai (UNESCO 2015), selain daripada itu, GCED akan membantu
dan memberikan ruang kepada pelajar dan masyarakat untuk berfikir dengan
mempelajar isu alam sekitar dan penyelasaian yang boleh dilakukan, seterusnya pelajar
mampu berkongsi pengetahuan kepada orang lain tentang isu alam sekitar yang
semakin serius, sehingga pelajar dan masyarakat mampu bertindak dengan sedar
dan mengubah sikap pentingkan diri sendiri, demi memastikan dunia yang lebih
lestari dan generasi akan datang akan dapat menikmati alam sekitar yang bersih.
Selain daripada itu, konsep yang ke tiga adalah tingkah
laku, konsep ini berkaitan dangan tindakan yang di ambil dalam menyelesaikan
isu alam sekitar, perlu releven, betanggungjawab dan berkesan, Sebagai contoh
kempen penggunaan satu kenderaan untuk satu keluarga boleh dimulakan secara individu, menanam
pokok di peringkat sekolah dan komuniti, mengawal hutan simpan di peringkat
kebangsaan serta Kempen Bumi Hijau di peringkat Antarabangsa, dalam mencapai
dunia yang lebih lestari
4.2
Cara-cara untuk menyelesaikan isu alam sekitar (Pemanasan Global).
Terdapat beberapa
kaedah untuk mengatasi masalah alam sekitar, terutama sekali isu perubahan
iklim atau pemanasan global, Yang pertama adalah dengan mengamalkan 3R,
Kurangkan (Reduce), Guna Semula (Reuse) Kitar Semula (Recycle),Pembelian yang
kita lakukan perlulah dinilai semula, ini kerana kebanyakan barangan yang kita
ada boleh digunakan semula, memastikan barangan tersebut adalah mesra alam juga
harus diambil perhatian.Orang awam akan dapat mengawal untuk membuang sampah
merata-rata, bagi mewujudkan kehidupan yang lestari. Sebagai contoh Progam 3R
dan anti- kutu sampah antara program yang Berjaya dilakukan di semua peringkat
terutamanya di University. Pengeluar Produk berjanama seperti Nike, Li-ning dan
adidas juga menghasilkan prouk menggunakan kitar semula adalah langka ke depan.
Orang awam boleh mengurangkan kuantiti sisa makanan dan barangan, seterusnya
barang yang boleh diguna semula diasingkan untuk digunakan, dan mengitar semula
barang seperti kertas, botol pelastik, dan kaca.
Rajah 1.1 3Rs (Kurangkan (Reduce), guna semula ( Reuse ) kitar semula )
Sumber: https://dr282zn36sxxg.cloudfront.net
Selain daripada itu, penggunaan sumber tenaga yang boleh
diperbaharui. Fosil yang dihasilkan merupakan antara penyumbang besar bagi
pemanasan global ini, barangan
elektronik seperti penyaman udara yang banyakmenghasilkan Hydroflurocarbon
(HFC) menyumbang kepada penghasilan rumah hijau. Kebanyakan Negara seperti
Amerika Syarikat masih menggunakan sumber tenaga ini kerana kos yang lebih
rendah, walau bagaimanapun terdapa sumber tenaga yang lain boleh digunakan yang
lebih mesra alam seperti sunber tenaga matahari, angia dan hidro-elektrik, dan
tidak meninggalkan kesan yang buruk tehadap alam sekitar. Usaha dilakukan untuk
menengani masalah ini seperti, pengubalan dan penguatkuasaan undang. Pelbagai
kempen kesedaran berkaitan bahan bakar fosil telah dilakukan, Menurut (ADOW et
al., 2020) Perubahan iklim merupakan satu cabaran yang besar dan berbahaya
seperti nuclear jesteru, tindakan yang
cepat berani dan tegas perlu dilakukan. Penguggunaan sumber tenaga yang boleh
diperbaharui ini mampu mengurangkan pemanasan global secara efektif dan perlu
diambil kira oleh Negara-negara yang menggunakan bahan bakar fosil.
Seterusnya, menanam
pokok akan mampu menggurangkan pemanasan global, aktivikti pembalakan,
urbanisasi dan pertanian tidak terancang memberi banyak kesan terhadap hutan,
tambahan pula kebakaran hutan yang sering berlaku sejak kebelakangan ini,
seperti kebakaran hutan di Indonesia menjejaskan ekologi hutan, Jesteru
Urbanisasi dan pertanian perlulah dirancang dengan lebih rapi, dengan mengambil
kira penanaman semula pokok di kawasan Bandar dan perumahan yang dibuka, dan
pertanian yang lebih terancang. Bagi mengembangkan penyelasaian ini, kempan seperti penanaman pokok giat dilakukan
termasuk penanaman pokok bakau di tepi laut. Sebagai contoh di Malaysia dalam
Rancangan Malaysia ke- 11 kerajaan telah mensasarkan 100 juta pokok ditanam
dalam masa lima tahun, usaha kerajaan ini perlu disambut baik oleh masyarakat
dengan turut mengambil peranan dan tanggungjawab ini. Selain itu penglibatan
NGO dan Swasta akan mampu memperbaiki lagi kempen ini di masa akan datang.
Pembangunan lestari,
merupakan pengekalan ekosistem yang
lestari berdasarkan kepada ekomonomi, setiap perancangan pembangunan yang
dilakukan perlu diteliti agar mampu dilaksanakan dengan lebih lestari, agar matlamat
GCED turut dapat dicapai. Pembangunan lestari ini mampu menyelasaikan
pertambahan perubahan iklim dunia, dan merupakan langkah pencegahan awal,
sebelum berlakunya keadaan yang lebih teruk.Sebagai contoh kerajaan perlu
berkerjasama dengan pihak swasta dalam memastikan pemaju yang membina bangunan
perlu memahami konsep lestari alam sekitar ini, dengan memberikan rekaan pelan
berkonsepkan Bandar dalam taman, selain menggunakan bahan yang kuran menyumbang
kepada penghasilan haba, seperti bangunan kaca, atau cermin,
Selain itu, penguat
kuasaan undang-undang adalah penting bagi menghadapi isu alam sekitar ini,
kerajaan perlu membuat polisi berkatian dangan kesalahan yang mengakibatkan
pencemaran, seperti pembuangan sisa minyak dan toksid agar dikenakan tindakan
yang lebih tegas, Pembalakan secara haram juga perlu diambil perhatian, agara
tiada pihak yang akan melakukan pembalakan sekiranya pengguatkuasaan
undang-undang dilakukan, dengan menaikkan kadar bayaran kompaun terhadap
pembalakan haram, Selain daripada itu menaikkan harah minyak dapat mengawal
kenderaan yang menghasilkan haba, dan dalam masa yang sama akan menaikkan
ekonomi Negara. Kerjaan juga boleh membuat garis panduan bagi penghasilan
barang yang lebih mesra alam, seperti kereta perlu menggunakan konsep
penjimatan minyak dan barangan elektronik juga perlu cekap tanaga, begitu juga
dengan telefon bimbit mestilah cekap tenaga.
Akhir sekali adalah
menggurangkan penggunaan kereta, penggunaan kereta perlu efektif dengan, satu
kederaan perlu diggunakan bersama, contohnya satu kenderaan untuk satu
keluarga, Selain daripada itu menggunakan kenderaan dengan memastikan jalan
yang lebih dekat menuju ke destinasi dengan bantuan daripada aplikasi Google
Maps. Seterusnya menggunakan kenderaan awam atau menggunakan basikal, atau
berjalan kaki untuk menuju ke destinasi, selain dapat menyelasaikan isu
pemanasan global, berjalan kaki dan berbasikal juga baik untuk kesihatan.
Cadangan penyelasaian masalah berkaitan isu alam sekitar ini juga dapat
disokong oleh (NUNEZ, 2019), dengan menyarankan agar membuat perubahan dalam
menggunakan tenaga, dengan mengubah tindakan, teknologi, dan cara yang menuju
ke arah pembaziran dan menggunakan sumber sedia ada dangan sebaiknya, sebagai
contoh menetapkan harga karbon, melindungi hutan, dengan cara yang baik akan
mampu mangurangkan jumah gas karbon dioksida yang terperangkap di bumi.
RUMUSAN
Kesimpulanya, kehidupan abad ke-21 memerlukan pelajar mempersiapkan
diri dalam mempelajari, dengan memahami konsep, objektif serta tujuan, dan
mampu bertindak dengan lebih berkesan dalam menghadapi isu-isu global, dengan
menghayati 3 demensi konseptual Pendidikan Kewarganegaraan Global GCED mampu
mempersiapkan pelajar untuk berdepan dengan isu-isu global, konsep tersebut
saling bergantung antara dengan yang lain. Pendidikan Kewarganegeraan Global
GCED mampu memberikan peluang kepada pelajar untuk terus memahami dunia pada
masa ini, dan a kan datang.
Masalah alam
sekitar bukanla masalah yang baru, walaubagaimanapun pelbagai cara pelu dilakukan
agar isu alam sekitar dapat diatasi dengan baik, tindakan tersebut dimulakan
dahulu terhadap diri sendiri dengan mengambil peranan dalam, dan mempelajari
GCED, ini kerana individu bermakusd, kita yang akan berkembang kerada banyak
manusia,kerana jika manusia alfa dengan isu alam sekitar ini, kesan adalah
kepada kesihatan manusia, ekosistem dan habitat haiwan akan musnah. Pelajar
harus menanam nilai-nilai, dalam diri seperti nilai kognitif dimana pelajar
akan dapat belajar dan memahami, Socio-emosi dengan mewujudkan perasaan empati
terhadap persaan orang lain, serta tingkah laku, dimana tindakan yang berkesan
perlu dilakukan,
Isu alam sekitar
adalah disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri yang mana mementingkan diri
sendiri dengan, mengutamakan keuntungan dan keseronokan sementara yang tanpa
memikirkan kesan yang akan berlaku. Isinya adalah, pelajar perlu menghayati dan
menjadi warganegara global yang bepengatahuan, dan mampu memberikan perubahan
terhadap bumi. Semua pehak perlu bergandiang bahu bagi mencari dan bertindak
untuk mencari jalan penyelasian, untuk mewujudkan dunia yang lebih baik dan
alam sekitar yang lestari bagi mewujudkan manusia yang bertamadum
RUJUKAN
- ADOW, M., BERMAN, T., & LING, C.
(2020). The Fossil Fuel Non-Proliferation Treaty. The Fossil
Fuel Non-Proliferation Treaty. Retrieved 1 December 2020, from https://fossilfueltreaty.org/.
- ASEAN AGREEMENT ON TRANSBOUNDARY HAZE
POLLUTION.
Haze.asean.org. (2008). Retrieved 9 November 2020, from http://haze.asean.org/?wpfb_dl=32.
- Connolly, R., Connolly, M., M.
Carter, R., & Soon, W. (2020). How Much Human-Caused Global Warming
Should We Expect with Business-As-Usual (BAU) Climate Policies? A
Semi-Empirical Assessment. How Much Human-Caused Global Warming
Should We Expect With Business-As-Usual (BAU) Climate Policies? A
Semi-Empirical Assessment, 1(How Much Human-Caused Global
Warming), 2. Retrieved 2 December 2020.
- Hasnan, H. (2020). Bumi semakin
membahang, 2020 dijangka rekod suhu paling panas. Astro Awani,
p. 2. Retrieved 5 December 2020.
- Ismail, D. (2017). Semarakkan
Semangat Kesukarelawanan. Utusan Malaysia, pp. 1,2. Retrieved
3 December 2020, from.
- Kaneda, T., Greenbaum, C., &
Kline, K. (2020). 2020 World Population Data Sheet Shows Older
Populations Growing, Total Fertility Rates Declining – Population Reference
Bureau. Prb.org. Retrieved 11 November 2020, from https://www.prb.org/2020-world-population-data-sheet/#:~:text=The%20world%20population%20is%20projected,as%20in%20the%20United%20States.
- NUNEZ, C. (2019). Global Warming Solutions.
National Geographic. Retrieved 3 December 2020, from https://www.nationalgeographic.com/environment/global-warming/global-warming-solutions/#:~:text=For%20example%2C%20improvements%20to%20energy,trapping%20heat%20on%20the%20planet.
- Riebeek, H. (2020). Global
Warming. Earthobservatory.nasa.gov. Retrieved 17 November 2020, from https://earthobservatory.nasa.gov/features/GlobalWarming.
- Subramaniam, P., Bisen Singh, D.,
Dharam Singh, D., Che Aziz, D., Subramaniam, D., & Kamarulzaman, D. et
al. (2020). OUMH1603 KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21 (1st
ed., p. 227). Open University Malasia OUM.
- United Nation. (2020). The
Paris Agreement (p. Art 2). Paris, France: United Nation.
- What is global citizenship education? UNESCO. (2019). Retrieved
5 November 2020, from https://en.unesco.org/themes/gced/definition.
0 Ulasan