Advertisement

Responsive Advertisement

QR Code MySejahtera Untuk Majlis Perkahwinan

#1 Layari laman web MySejahtera

Layari lawan web https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/

#2 Masukkan nombor anda

Masukkan nombor telefon anda bagi pengesahan kod OTP diikuti, tandakan kotak disebelah ” I’m not a robot” dan tekan butang ‘Register’.

Untuk bahagian ini, dan mempunyai dua pilihan untuk mengesahkan identiti. Pertama adalah melalui nombor telefon dan keduanya adalah melalui E-mail.

#3 Masukkan OTP yang diterima

Masukkan Kod OTP yang telah dihantar ke nombor telefon anda. Diingatkan OTP anda hanya sah dalam tempoh 5 minit sahaja

#4 Isikan segala maklumat majlis

Masukkan maklumat majlis anda seperti nombor telefon, nama majlis dan alamat majlis diadakan. Untuk nama majlis letakkan di ruangan business name/nama bisnes seperti dibawah . Sebagai contoh kami menggunakan ‘ Majlis Perkahwinan Salmah & Ramlee ‘

#5 QR Code Siap Disediakan

Selesai sudah! Anda akan terus menerima QR Code anda . Anda boleh memilih untuk download terus, print atau simpan salinannya ke email anda.

Kod QR ini perlu dipaparkan di ruangan luar atau didalam lokasi sebelum tetamu melangkah masuk.

Jangan lupa untuk semak suhu keluarga dan tetamu anda juga serta pastikan kesemua mereka mematuhi SOP. Tanggungjawab terletak di tangan anda.

Catat Ulasan

0 Ulasan