Advertisement

Responsive Advertisement

Faktor-faktor persekitaran makro yang mempengaruhi syarikat-syarikat penerbangan bagaimanakah wabak pandemik COVID-19 memberi kesan kepada syarikat-syarikat ini.

 


Syarikat penerbangan, atau dalam (Bahasa Inggeris: airline) merupakan pertubuhan yang memberikan perkhidmatan penerbangan kepada orang awam, bagi tujuan pengangkutan penumpang atau barang. Penerbangan perlu dibeli atau disewa bagi mendapatkan perkhidamatan yang mereka tawarkan, perikatan dalam sistem penerbangan ini adalah satu sistem yang dibuat agar kerjasama antara syarikat-syarikat penerbangan bagi berkongsi keuntungan bersama. Menurut (Syarikat Penerbangan Malaysia 2021,) berikut adalah senarai penerbangan tempatan, yang pertama adalah AirAsia, AirAsia X, Firefly, Malaysia Airlines, MASwings, dan Malindo air. Syaraikat-syarikat ini merupakan syarikat yang terbesar di Malaysia dengan keuntugan setahun kepada  96.09 juta.

 

Di Malaysia syarikat penebangan adalah tertakluk berdasarkan kepada Akta Penerbangan Malaysia 2015, di bawah satu entity bebas yang bertanggungjawab dalam mengawal berkaitan ekonomi, dan komersial dalam industri penerbangan, iaitu Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sejak tahun 1 Mac 2016. Suruhanya Penerbangan Awam di Malaysia akan memastikan pengawalan dalam ekononi industri penerbangan dan berfungsi sebagai penasihat kepada kerajaan dalam mentadbir serta pengurusan laluan-laluan di bawah obligasi perkhidmatan penerbangan.

 

Persekitaran makro sebuah syarikat adalah merujuk kepada perkara atau isu-isu yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sebuah syarikat, oleh yang demikaian perkara ini perlu diberikan perhatian sepenuhnya dan keputusan perlu diambil, (T. Kotler & Armstrong, 2011) persekitaran makro perlu diberikan perhatian, pemantauan dan kajian oleh syarikat tersebut, faktor ini tidak dapat dielakkan kerana berada di luar kawalan syarikat,sebagai contoh kesan daripada pendemik covid-19, dimana banyak perniagaan berdepan dengan masalah perniagaann terutama sekali dalam sektor penerbangan.

 

Pada suku perama tahun 2020 syarikat penerbangan di Malaysia dilaporkan merupakan sektor yang terkesan akibat daripada pendemik covid-19, bukan sahaja di Malaysia tetapi syarikta penerbangan di seluruh dunia terkesan akibat pendenik Covid-19. Antaranya adalah AirAsia Group Behad, (Berita Harian, 2020) dengan mencatatkan kerugian sebanyak RM803.85 Juta dalam suku pertama yang dikira pad 31 mac 2020, dengan kemerosatan perolehan kepada RM 2.31 bilion daripada  2.73 bilion sebelumnya.

 

Faktor yang akan menentukan keadaan sesuatu perniagaan boleh dikaitkan dengan persekitaran makro, sosiobudayan, dan perubahan teknologi, perundangan dan ekonomi, serta ekonomi, faktor-faktor ini banyak mempengaruhi kepada keputusan yang akan dibuat oleh pelangga, dan bagi syarikat pula, ia akan menjadi rujukan atau unsur-unsur yang boleh dijadikan sebagai rujukan dalam membentuk prestasi syarikat dan pekerja ke arah peningkatan atau penurunan prestasi mereka.

 

2.0 Elemen-Elemen Persekitaran Makro

 

Berikut adalah persekitaran makro bersama dengan huraian berkaitan dengan syarikat penerbangan yang ada di malaysia, iaitu ekonomi, politik dan undang-undang, sosiobudaya, dan teknologi, kesemua faktor ini akan menentukan kejayaan dan kegagalan kepada syarikat.

            2.1 Ekonomi

Elemen persekitaran makro melalui faktor ekonomi akan wujudnya permintaan dan penawaran terhadap produk atau perkhidmatan dalam satu sistem ekonomi tersebut, ekonomi juga merupakan pengetahuan dalam menghasilkan barang, penjualan, penggunaan barang dan perkhidmatan dan analisi kepada data . Menurut ( Kotler et. al 2011) syarikat perlu peka terhadap faktor di sekeliling yang akan wujud dan tidak dapat dielakkan disebabkan akan perubahan, serta dapat mengambil kira permintaan yang datang daripada pelanggan atau pengguna.

 

Sebagai contoh syarikat penerbangan yang menawarkan tiket penerbangan yang terlalu mahal, biasanya tidak akan mendapat sambutan daripada pelanggan, walau bagaimanapun syarikat penerbangan boleh memberikan pakej tambahan seperti menu makanan dalam pesawat, dan internet percuma akan menarik minat pelanggan. Ciri-ciri terhadap barang atau perkhidmatan yang diberikan akan dapat menepati keinginan pelanggan dan tanpa merugikan syarikat penerbangan berkenaan dan satu strategi bagi menarik pelanggan, seterusnya perniagaan akan menjadi maju.

 

Kuasa beli pelanggan akan dipengaruhi oleh penawaran yang diberikan, pembelian juga akan mempengaruhi kestabilan kepada prestasi syarikat. Tawaran yang diberikan juga harus tidak menrugikan syarikat berkenaan kerana melibatkan kos yang ditanggung oleh syarikat penerbangan, situasi ekoomi, sambutan pelanggan serta kesan juga perlu dipertimbangkan, sebagai contoh tawaran harga yang diberkan oleh syarikat-syarikat penerbangan mempunyai tahap harga daripada mahal kepada murah, oleh yang demikian pelanggan akan membuat perbandingan mengikut kehendak dan keselesaan mereka untuk memilih.

 

Perkembangan pesat kepada perkhidmatan penerbangan membawa kepada kemudahan pengguna dalam membuat pilihan, peluang perniagaan juga akan wujud dan seterusnya akan ekonomi akan berkembang dengan baik, sebagai contoh Air Asia mengembangkan sempadan penerbangan ke seluruh dunia membuat pelanggan mudah untuk mendaptkan perkhidmatan mereka dan menjadi pengguna setia, ruang dan peluang ini menggukuhkan mereka.

2.2 Sosiobudaya

 

Terdapat beberapa aspek dalam faktor ini, dimana aliran budaya dalam masyarakat dan persekitaran demografik dimana akan mempengaruhi kuasa permintaan, faktor ini penting bagi perniagaan yang baru bermula, kerana berkaitan dengan jumlah barang atau perkhidmatan yang diberikan atau dikeluarkan, dijual, dipromosikan, dan diggunakan, sebagai contoh syarikat penerbangan akan membuat analisis dengan menilai, memantau, membuat ramalan bersama dengan pemegang saham yang lain bagi memastikan keadaan ekonomi makro tidak memberikan kesan terhadap usaha mereka.

 

Selain daripada itu, faktor ini merangkumi nilai sosial dalam masyarakat, bahasa, budaya, gaya hidup, keluarga, perubahan kepada citarasa dan jumlah polulasi, elemen ini sudah pasti akan memberikan pengaruh dalam keputusan-keputusan yang dibuat oleh syarikat dalam menentukan strategi ekonomi mereka.Industri penerbangan merupakan satu perniagaan yang berpotensi besar untuk mendapatkan keuntungan yang agak lumayan, oleh itu banyak syarikat seperti syarikat makanan berkerjasama dalam memberikan perkhidmatan bersama.

 

Selain daripad itu faktor persekitaran sosiobudaya berkaitan dengan populasi sasaran pasaran seperti komplex membeli belah, pasar raya dan kawasan pandu laju, sebagai contoh  ("Santan buka cawangan kedua di Malaysia", 2020) pembukaan cawangan yang baru untuk memenuhi permintaan pelanggan di sunway piramid. Perkembangan seumpama ini memberikan keyakinan pelabur terhadap syarikat penerbangan.

 

Budaya masyarakat di Malaysia yang sering melancong bagi mengurangkan stress, menjadi elemen budaya yang menyumbang kepada penggunaan perkhidmatan penerbangan., sebagai contoh, mereka akan membawa keluarga bersama ketika musim cuti sekolah untuk bercuti di dalam negara dan luar negara, bagi tujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi sosial, menjana daya kreativiti kanak-kanak, mengenali budaya yang berbeza, meninggkatkan keyakinan diri dan mengeratkan hubungan silaturahim bersama keluarga.

 

2.3 Teknologi

Perniagaan pada abad ke-21 banyak dipengaruhi oleh penggunaan teknologi untuk berkomunikasi dan penyampaian maklumat kepada sasaran pasaran ”target market”,. Teknologi diggunakan dalam proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh syarikat dalam penjualan dan pembangunan produk. Sebagai contoh syarikat penerbangan seperti MASwings, AirAsia, Malindo air, dan banyak lagi menggunakan alat, mesin, bahan dan aplikasi dalam menyelasaikan masalah manusia, atau dalam menyampaikan maklumat.

 

Teknologi banyak membantu dalam perkembangan perniagaan (Yahaya, J. H et. al. 2018) teknologi akan memudahkan pekerja, meningkatkan produktiviti pekerja, dapat menjimatkan kos, membantu dalam pengeluaran produk yang banyak dan prestasi pengurusan lebih baik, dan kualiti produk yang dihasilkan lebih baik dalam pasaran dalam dan luar negara.Contohnya pembelian tiket secara dalam talian akan dapat menjimatkan masa, cepat dan kos yang rendah kepada pelanggan, teknologi dalam perniagaan juga akan melahirkan inovasi baharu khususnya dalam syarikat penerbangan.

 

Teknologi akan memperbaiki mobiliti perniagaan, sebagai contoh jualan syarikat akan meningkat dengan kemudahan dimana stokis dibenarkan menggunakan alat-alat elektronik dalam menghantar pesanan dan maklumat pelanggan dengan mudah dan cepat. Promosi-promosi atau aktiviti yang dilakukan oleh syarikat lebih mudah, tepat dan cepat melalui penggunaan dalam bentuk aplikasi atau media elektronik bagi menarik pelanggan. Walau bagaimanapu kewujudan teknologi ini membuka kepada perniagaan terbuka, dimana persaingan wujud dalam perniagaan.

 

            2.4       Politik dan Undang-undang

Menurut (Armstrong et, al 2011) politik dan undang-undang adalah berkaitan dengan penggubalan dan pelaksanaan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk menjadi panduan dalam penghasilan dan pemasaran kepada perkhidmatan atau produk yang dihasilkan oleh usahawan, peranan kerajaan dalam hal ini amat penting dalam melaksanakan undang-undang dalam operasi perniagaan yang dijalankan, sebagai contoh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) Berperanan dalam perlesenan mentadbir dan menguruskan hak trafik udaram dan memperuntukkan suatu mekanisme bagi perlindungan pengguna. Jabatan Penerbangan Awam Malaysia juga berpernan dalam perlaksanaan peraturan penerbangan.

 

Isu global, akan wujud disebabka oleh keadaan politik dan undang-undang bagi satu nergara ke Negara lain, Contohnya sekatan terhadap perdagangan, hubungan diplomatik yang tidak stabil, tariff, dan polisi kerejaan berkenaan. Halangan perdanganan dan tarif dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan yang melibatkan perdagangan antarabangsa, sebagai contoh, sekatan barang terhadap peralatan seperti mesin dan peralatan kereta dia Malaysia, yang akan menyekat kepada aliran bebas kepada sumber lain untuk mengawal dan melindungi industry tempatan.

 

Selain daripada itu, politik yang tidak stabil, peperangan, dan rasuah, dalam Negara itu akan melemahkan perniagaan dijalankan. Kawasan yang berisiko akan mengalami kesukaran, barang mahal, kuasa beli menurun, dan sumber tidak cukup. Rasuah yang penipuan, akan menjadikan kos perniagaan bertambah mahal. Contohnya penyelewengan terhadap minyak masak, akan meninggkatkan harga pasaran, selain daripada itu barang makanan yang tidak mempunyai sijil halal akan merosakkan industri perniagaan.

 

Perjanjian perdagangan, contohnya perjanjian AFTA yang berperanan dalam peningkatan produktiviti ekonomi dalam pasaran dunia, menjadikan syarikat yang baru untuk mempertimbangkan kehendak mereka memasarkan barang mereka di Negara lain. Isu –isu nasional perlu diberikan perhatian misalnya, isu pendemik, percukaian, dan perbelanjaan. Cukai yang tinggi juga akan mempengaruhi syarikat kerana akan memberikan kesan tehadap operasi mereka, sebagai contoh cukai akan menggurangkan tunai, dalam menjalankan operasi perniagaan dan akan menjadi beban bagi sesetengah syarikat.

 

Usahawan perlu membuat penilaian dalam persekitran politik dengan lebih terperinci bagi mengenal pasti ancaman yang ada, dan peluang yang ada, permulaan perniagaan dan pembangunan kepada perniagaan amat penting dalam Negara yang mempunyai politik yang stabil, peraturan yang ditetapkan perlu diberikan perhatian. Contohnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) merupakan badan kerajaan yang bertanggung jawab dalam menstabilkan ekonomi Negara, menguat kuasakan peraturan-peraturan yang ditetapkan dan melindungi hak-hak pengguna dan perniaga agar keseimbangan ekonomi dan sosial dalam Negara seimbang ("Portal Rasmi KPDNHEP - Latar Belakang", 2021).

3.0 Kesan pendemik  ke Atas Syarikat Penerbangan di Malaysian

Kamus dewan mendefinisikan pendmik sebagai wabak penyakit tersebar dengan meluas, di seluruh kawasan, atau dunia. Menurut (berita harian, 2020) Pada 23 Januari 2020 wabak COVID-19 bermula di Malaysia, menerusi laporan yang diterima oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dimana tiga kes dijangkiti coronavirus 19 (2019-nCov). Pendemik ini telah memberikan kesan, terutama sekali dalam sektor penerbangan.

            3.1 Kesan: Ekonomi

Menurut (Investors Service, 2021) sektor penerbangan antara yang paling akan terkesan disebabkan oleh pendemik covid-19, penyusutan kualiti kepada kredit dan ketidaktentuan, dan risiko semasa yang dihadapi oleh syarikat-syarikat penerbangan akan mambebankan sektor-sektor ini. (berita harian, 2021) pengurangan sebanyak 40 hingga 60 terhadap kapasiti sektor penerbangan berbanding tahun 2019 akan berlaku dan boleh mencecah sehingga 75 peratus.

 

Ketika pendemik ini, kuasa pembeli berkurangan dengan corak perbelanjaan yang lebih berhati-hati dalam mambuat keputusan mereka termsuklah kos, harga, keselamatan, dan keuntungan, (The Star, 2020) orang ramai membuat keputusan dengan tidak bercuti atau melancong ke tempat lain disebabkan oleh pendemik ini. Dalam masa yang sama ekonomi terhadap sektor pelancongan sangat terjejas. Sebagai contoh, percutian yang di rancang di luar Negara terpaksa dibatalkan kerana banyak Negara-negara luar yang turut berdepan dengan situasi covid-19.

Selain daripada itu, Kesan terhadap permintaan yang menjunam dan larangan perjalanan akan mengakibatkan syarikat penerbangan berisiko untuk muflis. Syarikat penerbangan besar di Malaysia seperti AirAsia, Malindo Air dan Malaysia Airlines dilihat telah untuk memotong gaji kakitangan mereka daripada 10% sehingga 100% dan ada diantara mereka yang diberikan cuti tanpa gaji.

 

            3.2 Kesan : Politik dan Undang-Undang

Dari segi politik dan undang-undang, pendemik ini menyebabkan politik yang tidak stabil di Malaysia, dimana darurat terpaksa diistiharkan, dalam keadaan ini parlimen tergantung dan tidak dapat bersidang, dan menjadi sukar bagi kerajaan dalam membincangkan tindakan dan bantuan yang perlu diberikan dalam sektor ini. (Daud, 2021) Perintah kawalan pergerakan (PKP) diaksanakan. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah memberikan kesan yang banyak kepada sektor penerbangan dimana sebahagian daripada operasi penerbangan tidak dapat dijalankan. Contohnya Kerajaan China membuat sekatan terhadap kemasukan pelancong ke negara mereka yang dikuatkuasakan bermula 29 Mac 2020, peraturan yang lebih ketat juga dilaksanakan terhadap syarikat penerbangan asing, Peraturan terhadap penawaran perkhidamatan juga dihadkan, misalnya had penerbangan hanya sekali dalam satu minggu dengan kapasiti penumpang terhad di bawah 75% kesan daripada pendemik covid-19.

 

Selain daripada itu, (Md. Said, 2021) pelanggaran kepada garis panduan dan procedure standard (SOP) akan dikompaun, selain daripada itu penyelarasan pembukaan perniagaan mengikut sektor ditentukan oleh kerajaan semasa pendemik covid-19 ini, dan kesan yang akan dihadapi oleh sektor penerbangan amat besar, selain dariada itu undang-undang serta tariff yang berbeza seperti di luar Negara juga akan menjadi faktor yang akan memberikan kesan kepada sektor ini dan campur tangan kerajaan sangat diperlukan.

            3.3 Kesan: Teknologi

Teknologi dilihat sangat memberikan kelebihan kepada sektor penerbangan di Malaysia, teknologi adalah sebuah tenaga yang akan memberikan kesan perubahan secara drastic kepada syarikat dan usahawan (Kotler et al, 2011) walau bagaimanapun, adalah sangat sukar hanya bersandarkan kepada teknologi ini semata-mata terutama sekali ketika ketika berdepan dengan pendemik, dimana perbezaan jugang digital kawasan di Malaysia masih tinggi, sebagai

 

Contohnya perkhidmatan internet kawasan di Sabah masih jauh berbeza dengan di Bandar. halangan berlaku disebabkan masalah kepada ketiadaan rangkaian internet. Sebagai contoh, ketika pendemik, dan perintah kawalan pergerakan dilaksanakan orang ramai hanya menggunakan telefon pintar sebagai platform pembelian dan sebagainya namun, kawasan yang tidak mendapat rangkaian akan mengalami kesukaran

 

Teknologi yang digunakan haruslah sempurna dalam penghasilan produk-produk kerana ia juga memberi kesan yang besar kepada syarikat. Pengunaan teknologi daripada lama kepada baharu berpotensi dalam meningkatkan pengeluaran suatu produk. Hal ini seterusnya akan memberi kesan yang baik kepada perkembangan syarikat. Sebagai contoh, syarikat penerbangan telah memperkenalkan platform melalui aplikasi dalam operasi, promosi dan perkhidmatan syarikat penerbangan., selain daripad itu, Penggunaan teknologi yang tinggi dilihat merlukan kos yang tinggi. Sebagai contoh teknologi dalam seperti barangan elektronik yang diggunakan dalam operasi syarikat penerbangan dan peralatan keselamatan memerlukan kos yang tinggi.

 

            3.4 Kesan: Sosiobudaya

Strategi pemasaran dipengaruhi oleh elemen-elemen persekitaran demografik yang meliputi jumlah kuantiti produk atau perkhidmatan yang bakal diberikan atau dihasilkan dan sesuai untuk dikomersialkan. Jika strategi yang diggunakan oleh syarikat penerbangan tidak menepati kehendak pasaran akan mengakibatkan kerugian kepada syarikat penerbangan tersebut. Contonya syarikat penerbangan perlu menigkatkan tahap keselamatan dan berjaga-jaga, dengan menyediakan pelitup muka, “hand sanitizer” dan pengamalan SOP bagi meyakinkan pengguna menggunakan perkhidmatan penerbangan.

 

Dari segi aliran budaya, syarikat penerbangan perlu membuat garis panduan operasi (SOP) mereka dalam mengawal wabak ini, langkah ini dilihat akan memberikan keyakinan kepada pengguna, ini kerana wabak covid-19 telah menggubah corak kehidupan masyarakat ketika ini yang masih dalam ketakutan. Sebagai contoh, pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan, jarak fisikal dan tempat duduk, saringan kesihatan da individu bergejalah tidak dibenarkan.

 

4.0 Cadangan Ke Atas Sektor Penerbangan Bertahan Dalam Perniagaan

4.1       Cadangan: Ekonomi

Perhatian dan analisis terhadap elemen- elemen persekitaran makro yang wujud di luar kawalan seperti wabak covid-19 ini perlu diberi perhatian, selain daripada itu persaingan terbuka terhadap syarikat penerbangan lain dilihat menjadi cabaran. Walau bagaimanapun syarikat penerbangan perlu tetap menjaga kualiti perkhidmatan mereka. Contohnya dengan (newsroom, 2021) promosi penerbngan yang lebih murah, pakej promosi pass tanpa limit, dan kerjasama bersama rakan syarikat mereka dalam mendapat tempat di hati pembeli.

 

Selain daripada itu, faktor kecairan boleh dipertimbangkan dimana, tiba masanya syarikat penerbangan memberikan fokus mereka kepada kaedah dalam menggurangkan kos operasi mereka, dan dalam masa yang sama aliran tunai perlu diggunakan sebaiknya, sebagai contoh penjimatan daripada penggunaan pesawat yang tidak diggunakan dan perkhidmatan yang boleh ditunda sementara. Langkah-langkah ini akan memberikan mereka bertahan sehingga keadaan kembali pulih, dan bantuan daripada kerjaan sehingga pendapatan daripada penumpang diperolehi semula.

 

Kunci kira-kira bagi syarikat penerbangan juga perlu mendapat tumpuan, dimana perbincangan dalam organisasi perlu dilakukan dalam menentukan keadaan semasa, membuat analisis, serta tindakan yang sewajarnya sehingga kemempuan dapat ditentukan seterusnya mereka akan kembali kepada operasi yang menguntungkan. Sebagai contoh syarikat penerbangan perlu mengadakan mesyuarat bagi mebincangkan strategi bagi menghadapi kesan mereka hadapi, termasuklah syarikat rakan kongsi mereka.

 

4.2 Cadangan: Politik dan Undang-undang

Kerajaan perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh sektor penerbangan ini, dengan memperkenalkan tindakan pemulihan ekonomi, keadaan politik yang stabil akan mempengaruhi perniagaan dalam sektor ini. Menurut (Abdullah, 2020) kerjaan Singapura telah memperuntukkan sebanyak $1 juta diberikan kepada sektor penerbangan dan pelancongan, pelan rancangan ini adalah bertujuan untuk membantu syarikat penerbangan untuk terus bartahan.

 

Selain daripada itu dari segi, tariff, perundangan, percukaian serta kuota yang dikenakan ke atas sektor penerbangan perlu diberi penstrukturan dan dinilai semula, termasuklah cukai, dana, gaji dan meroterium. Kerajaan Malaysia telah melancarkan  pakej rancangan dalam membantu sektor penerbangan sebanyak RM20 bilion dalam rancangan ini melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia MAVCOM. Menurut (Chong, 2020) rancangan pemulihan termasuklah pemotongan cukai pendapatan, bantuan moratorium, pengecualian kepada bayaran sewa bangunan, diskaun sebanyak 15% bayaran bill elektrik permis perniagaan, termasuk pembasmian kuman penerbangan, dan peralatan perubatan dan kebersihan.

 

Kerajaan juga perlu mengutamakan langkah persaingan, galakkan kepada pelabur dapat meningkatkan kemampuan sektor penerbangan untuk terus kekal bertahan, contohnya keputusan yang dibuat perlu mendapat sokongan peringkat perusahaan dangan kebergantungan kepada peningkatan persekitaran. Tindak balas terhadap krisi ini diperlukan dan perlu disatukan untuk mencapai matlamat dan membantu sektor penerbangan ini.

4.3 Cadangan: Sosiobudaya

 

Norma baharu dan keperluan pengguna perlu dikenal pasti dan diberikan perhatian bagi melihat peluang perniagaan ke depan. Pemboleh ubah yang perlu diperhatikan adalah termasuk, senario pekerjaan, kadar penglibatan kepada tenaga buruh, tahap pendidikan, corak perbelanjaan dan kesihatan, data ini boleh diggunakan dalam menentukan strategi perniagaan yang seterusnya

 

Selain daripada itu, geografi juga adalah faktor yang berperanan dimana ketergantungan geografi syarikat penerbangan. Ramalan dan keadah yang belum pasti dimana dimanakah proses pemulihan itu dimulakan, memberikan fleksibiliti kepada syarikat penerbangan bersama dengan gabungan laluan domestik dan antarabangsa untuk memulakan tindak balas.

Contohnya, syarikat penerbangan boleh beroperasi di Negara, atau kawasan yang tidak terkesan teruk akibat pendemik covid-19.

 

Seterusnya senario pekerjaan dimana kakitangan dan kru perlu bersikap terbuka, dengan mengambil kira situasi menang, dimana kemungkinan wujudnya , persaraan awal, pemberhentian pekerja penggeledahan, namun keadaan ini akan melumpuhkan kemampuan syarikat penerbangan dalam menentukan keperluan kapasiti di masa hadapan, tanpa tanaga kerja, kemahiran dan orang yang tepat akan menyebabkan operasi menjadi terhad. Tinakan yang tepat perlu diambil contohnya memberikan cuti tanpa gaji adalah dilihat masih releven, sehingga mereka akan kembali ketika keadaan kembali pulih.

 

4.4 Cadangan: Teknologi

 

Kemajuan dalam transformasi digital, Ketangkasan akan menjadi kunci untuk menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran semasa yang mencabar dan berubah. Syarikat penerbangan yang boleh membuat perubahan dalam mnggunakan tronsformasi, boleh kedepan dalam memahami penggunaan data yang akan membantu mereka dalam membuat keputusan, seterusnya akan dapat menyesuaikan diri sebagai contoh, laluan mana yang akan dibuka semula, pesawat mana yang akan dibawa keluar dari penyimpanan dan bagaimana mengkonfigurasi semula rangkaian mereka.

 

Data yang diambil dan keputusan yang akan dibuat adalah amat penting daripada pemulihan kelak. Syarikat penerbangan perlu menukar teknologi lama mereka kepada maklumat dan data digitalnyang. Salah satu bidang utama syarikat penerbangan adalah dengan automatik menerapkan pengabaian pada tiket mereka sendiri, yang akan meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan operasi mereka.

 

Rumusan

 

Persekitaran makro terdiri empat aspek utama iaitu faktor ekonomi, faktor politik dan undang-undang, faktor sosiobudaya dan faktor teknologi. Elemen-elemen persekitaran makro ini memberikan kesan positif dan negatif dari segi strategi dan keupayaan syarikat untuk terus berkembang dan beroperasi. Kefahaman mengenai konsep persekitaran makro amatlah penting bagi syarikat penerbangan ini kerana elemen ini mampu mempengaruhi operasi kepada perniagaan dan strategi sesebuah syarikat itu. Walaupun pengaruh persekitaran makro berada di luar kawalan sesebuah syarikat, namun langkah-langkah pemulihan dan penstrukturan perlu disegerakan.

           

Berdasarkan kajian dan perbincangan yang telah dibuat mengenai sektor penerbangan  dapatlah disimpulkan bahawa persekitaran makro mempengaruhi strategi perkhidmatan didalam syarikat. Jika dilihat persekitaran makro dari elemen ekonomi, kesan yang terhasil adalah meliputi kesemua perkhidmatan disebabkan pendemik ini. Syarikat perlulah sentiasa mambuat analisis dan pemerhatian terhadap perkara-perkara ini agar syarikat akan dapat bertahan sehingga operasi perniagaan kembali seperti biasa.

 

Dari segi persekitaran sosiobudaya, sektor penerbangan hendaklah melihat kepada unsur-unsur demografik dan aliran budaya masyarakat yang mana dipengaruhi oleh norma baharu, melalui pemantauan dan penilaian unsur-unsur ini ianya mampu untuk menyumbang dalam penciptaan pasaran yang lebih baik di masa akan datang. Dari persekitaran teknologi pula, syarikat penerbangan harus merebut perluang dalam mentronsfomasikan data kepada digital yang dilihat memberikan peluang besar dalam perniagaan ketika dalam norma baharu ini.

 

Dari segi elemen politik dan perundangan pula, syarikat penerbangan memerlukan bantuan daripada kerajaan bagi meringankan baban yang dihdapi, dengan memperkenalkan rancangan pelan perniagaan baharu, merotarium, potongan cukai dan perkhidmatan serta, meyakinkan pelabur dalam sektor penerbangan. Selain itu syarikat penerbangan perlu peka terhadap isu-isu dalam negara dan global seperti halangan perdagangan, tarif dan risiko politik serta hubungan dua hala dan pelbagai hala. Terutamanya dari segi proses inovasi. Proses inovasi merujuk kepada perubahan kecil dalam reka bentuk, pembentukan dan pengeluaran produk, bahan dan pengedaran.

           

Ringkasanya, terdapat banyak ruang untuk transformasi dilakukan ketika ini, dimana syarikat penerbangan yang mempunyai strategi pemasaran dan kepekaan terhadap faktor-faktor persekitaran makro ini akan dapat berada di posisi yang betul dalam menyesuaikan diri dan mengambil peluang dapat bertahan sehingga faktor persekitaran ini dapat diringankan.

 


 Rujukan 


  1. Berita Harian. (2020). COVID-19 sebabkan AirAsia rugi RM803.85 juta, p. 1. Retrieved from https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/07/708566/covid-19-sebabkan-airasia-rugi-rm80385-juta
  2. Chong, S. (2020). Staying Aflight In The Time Of COVID-19 - Transport - Malaysia. Retrieved 13 March 2021, from https://www.mondaq.com/aviation/933768/staying-aflight-in-the-time-of-covid-19#_ftn11
  3. Daud, R. (2021). PKP di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 22 Januari - Ismail Sabri. Astro Awani, p. single page.
  4. Portal Rasmi KPDNHEP - Latar Belakang. (2021). Retrieved 13 March 2021, from https://www.kpdnhep.gov.my/ms/info-korporat/latar-belakang.html
  5. Santan buka cawangan kedua di Malaysia. (2020). Retrieved 3 March 2021, from https://newsroom.airasia.com/news/santan-buka-cawangan-kedua-di-malaysia
  6. Yahaya, J. H., Ahmad Ibrahim, S. R., Hamdan, A. R., Deraman, A., & Jusoh, Y. Y. (2018). Model Kesediaan Pelaksanaan Teknologi Maklumat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana Ke Arah Era Revolusi Industri 4.0. Jurnal Pengurusan, 54, 1–26.

Catat Ulasan

0 Ulasan