Advertisement

Responsive Advertisement

Sabah dan Sarawak tidak lagi di panggil negeri. Tetapi Wilayah Sabah dan Sarawak

Sabah dan Sarawak tidak lagi di panggil negeri. Tetapi Wilayah Sabah dan Sarawak

Wilayah (Bahasa Arab: ولاية‎, bahasa Inggeris: Territory) merupakan taraf pembahagian kawasan pemerintahan di dalam satu negara. Wilayah biasanya merupakan *kawasan satu bandar istimewa* dalam satu negara, sebagai contoh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah ibu negara Persekutuan Malaysia.

Perkataan wilayah juga boleh diterjemah sebagai membawa maksud yang sama dengan perkataan Province (Provinsi) bahasa Inggeris, yang mempunyai taraf yang sama dengan negeri.

Berikut Adakah Surat Pemakluman  berkaitan perkara ini.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YM/Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas.

2.     Saya dengan ini merujuk kepada arahan dari YAB Perdana Menteri Malaysia melalui YB Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan YBrs. Ketua Pegawai Eksekutif memaklumkan bahawa penggunaan terma *"negeri"* untuk Sabah dan Sarawak ditukar dengan menggunakan *"Wilayah Sabah"* dan *"Wilayah Sarawak"* berkuatkuasa serta-merta.

3.     Sehubungan itu, mohon perhatian dan pemakluman pihak tuan/puan kepada pegawai dibawah seliaan masing-masing mengenai perkara ini.

Sekian, terima kasih.

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,     

                 Ù…حمد

MUHAMMAD BIN MAHMUDDIN

B.p. Ketua Pegawai Eksekutif
Pegawai Koordinasi Industri Kreatif
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Jalan Utara,
46200 Petaling Jaya,
SELANGOR.

O : +60379540492
M: +60134927571 

www.finas.gov.my

Catat Ulasan

0 Ulasan